Ada kisah sedih yang terjadi yang menyebabkan saya buat perniagaan online. Segala galanya bermula apabila saya ditawarkan bekerja di jabatan kerajaan selangor tetapi saya telah tidak dapat menghadirkan diri atas sebab sebab yang terlalu peribadi dan sedih untuk diceritakan. Dengan keadaan ekonomi yang menentu ni saya nekad untuk berniaga dan bermulalah perniagaan online MASTURA TABITA SHAH ALAM. Kenapa Tabita. Entahlah, sejak pertama kali dengan Tabita Skincare ni saya memang tertarik hati untuk mengetahui apa benda ni eh. Tambahan lagi saya ada seorang kawan yang isterinya bekas pramugari yang menjadi antara supplier terbesar skincare kat Shah Alam ni. Saya buat research pasal tabita ni ...macam macam..yang paling teruk lagi pasal kes kat Singapore tu... tapi tak apa....bulan 4 yang pun search kat fb pasal Tabita. Jumpalah seorang kawan baru fb yang boleh buat COD. Malam tu jugak saya ambik Tabita daripada dia. Botol warna gold dan harga dalam RM130. Selama saya pakai memang pedih tapi semasa pengelupasan takde la teruk sangat. Bau toner dia agak kuat lah bagi saya. Muka memang canteeek and glowing..parut hitam kat pipi pun dah pudar. nnanti saya upload gambar ye. Saya memang tak suka bergambar. Selfie melfie lagilah tak. tak minat. Dah puasa dah muda muda dulu. Adalah pernah masuk Harian Metro tapi nak jadi gadis metro tak cukup tinggi la pulak. Berbalik pasal tabita selama sebulan tu saya pakai saya dengan confidentnya nak cuba jual. Nak cari duit kan. Saya baca cari dalam fb dan terpikat dengan harga Tabita sorang ni. Satu hari hujan lebat lebat saya terus pegi KL tu ambik tabita. First time beli saya beli Set Trial 1, Set Trial Premium 1, Set Regular 1 dan Set Exclusive Satu.
Dengan semangat berkobar kobar saya create FB Mastura Tabita Shah Alam. Masa ni pening jugak nak jual beauty products tapi apa ye nama nak letak kat FB ni. Saya ingat nak tukar balik tapi FB tak allow because katanya saya dah tukar banyak kali dah nama. Saya pun tak perasan bila tangan ni cepat je kan tekan tekan sampai dah berapa kali saya adjust nama yang sama. Sepatutnya Tabita Beauty ke, apa ker.
Saya suh anak anak ajar camne nak buat instagram, wechat la. bla bla. Saya memang tak suka post kat FB tapi sejak jual tabita ni dah kena belajar banyak benda benda IT yang memang tak minat. Sebelum ni Handpone pun tak de . Nak berniaga punya pasal suh la hubby pegi beli satu. Dapat la Lenovo yg colour merah tu . Tulis kat advert Tabita PM/SMS/WHATSAPP 0192528283.. So bermulalah karier sebagai penjual online....
Customer Tabita saya yang pertama merupakan seorang guru. Dia kata memang pakai set ni dah setahun dah. Selalu supplier dia pos aje tapi bila pos macam skincare tu tumpah . Botol pecah ke apa entah dia cakap ari tu. Saya pun buat COD depan Giant.
Hari ni cite setakat ni je yer..nanti saya sambung...
No comments:
Post a Comment